PENGAJARAN UNTUK SEMUA ..........
> > Citer ni dikirimkan oleh seorang hamba Allah & saksi kejadian .........
> > Mengisahkan berkenaan seorang peniaga Nasi Lemak di Kampong Baru, kedai> makannya sungguh laku dan pelanggan setiap hari memenuhi kedainya untuk
> mendapatkan nasi lemak setiap hari. Menurut beliau, resepi sambal keluarga> turun-temurun merupakan strategi utama menyebabkan nasi lemak beliau
> laris.
> > Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya "resepi rahsia" yang
> dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai pelaris untuk
> menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular berkenaan diwapkan didalam
> periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan. Setelah lama mengaut
> keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama betulnya perlu
> dirahsiakan) bercadang untuk menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil
> perniagaan beliau.
> > Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan
> bahawa ibunya meraung-raung kepanasan walhal malam itu hujan
> renyai-renyai diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa, maka
> beliau memanggil orang kampung termasuklah saya (penulis) ke rumah untuk
> membantu. Kalau nak diikutkan pengalaman saya, hanyalah sedikit sahaja
> dalam ilmu perubatan ini.
> > Saya sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu hujan renyai masih belum> berhenti di sambut pula dengan raungan Kak Kiah yang semakin kuat.Saya
> selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah 2 tingkat Lorong Raja
> Muda itu dan memberi salam. Jiran-jiran sudah ramai menunggu didalam.
> > Kak Kiah berada ditengah dengan 6 orang lelaki memegang tangan dan kaki
> beliau. Saya mengambil tempat dikepalanya dan melihat badannya
> berpeluh-peluh manakala kulitnya seperti hendak menggelupas. Saya meminta
> air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan bilis daripada anak> lelakinya. Ianya tidak menjadi masalah kerana merupakan bahan yang
> digunakan seharian. Saya gelekkan telur pada permukaan dahinya, raungan
> Kak Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh marah sungguh terkejut
> saya apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu terkeluar lidah yang
> bercabang seperti ular. Tanpa membuang masa saya menaburkan ikan bilis ke> atas badannya lalu dicurahkan dengan air masak, rontaan Kak Kiah semakin
> kuat, kulitnya mengelupas dan bersisik lagi busuk. Lalu saya minta anak
> lelakinya mencurahkan santan ke badannya, Kak Kiah menjerit kuat dan
> meronta-ronta.
> > Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga daripada
> bawah tilamnya. Bau yang busuk tadi telah berganti bau wangi umpama lemak
> yang datang daripada bawah tilam. Saya arahkan jiran-jiran mengangkat
> tilam berkenaan.
> > Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dibawah tilam beliau, penuh
> dengan .........................
> > > > > > > > > > > > > > > > .......Nasi Lemak.
> > > > > > > Heh...Heh...Heh...Jangan mare ...... Dah! Cerita ni tipu jer .........Pergi
> buat keje tu haa ...apo ... nak makan gaji buto ko ?????
> > > *p/s : Janganlah mare! Haku pun terkene daaaaa ..... "Siut betul! bukan
> main srius aku baca cerita ni,
> hampeh,"
Friday, April 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment