Friday, April 24, 2009

Mari Bunuh Syaitan............

Seorang lelaki berusia awal 50-an baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik.
Jiran sekampung menawarkan beberapa perempuan untuk dijadikan isteri dan teman hidup barunya. Alasan mereka dia pelu berkahwin semula memandangkan anak-anaknya sudah besar, malah tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin. Setelah memilih dari beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampung, maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan 25 tahun.
Selepas majlis pernikahan, merka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.Isteri barunya akan ke surau pada setiap petang Khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan. Suatu petang, selepas pulang dari kuliah agama di surau, dia menceritakan apa yang didengarnya dalamkuliah tersebut."Abang, abang nak tahu tak, ustaz kata bila suami dan isteri itubersatu/bersetubuh kannn...abang kannn...dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul, maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama sepertimembunuh 10 ekor syaitan".
Kata si suami, "Ya ke? Tak apa, malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kannn, betul tak sayangggg....," sambil ketawa.
Si isteri hanya tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, "Banggg, jom kita bunuh syaitan bang...". Si suami tersenyum panjang.Selang dua hari kemudian, si isteri berkata lagi, "Bangggg, jom kita bunuh syaitan bangggg...". Si suami diam sambil mengangguk lemah.Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg...".Si suami tiba-tiba marah dan berteriak, "Ayang ni nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang...?!!!"
*Kalo ade sape2 yg terase mintak maap byk2...

No comments:

Post a Comment