Assalamualaikum.......
Manusia macam kita
Memang pandai bercakap
Menyalahkan orang lain. Mengutuk orang lain
Perlekeh orang lain
Merendahkan orang lain
Orang macam kita
Di mana-mana pun ada
Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain
Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri
Tengok pada diri sendiri dahulu
Jangan...Asyik mengata orang, Al-Quran kita tak baca.
Asyik menyalahkan orang, Al-Quran kita tak baca.
Asyik mengutuk orang, Al-Quran kita tak baca....
Asyik perlekehkan orang, Al-Quran kita tak baca.
Asyik merendahkan orang, Al-Quran kita tak baca.
Asyik berceramah sana sini,! Al-Quran kita tak baca.
Asyik berkuliah sana sini, Al-Quran kita tak baca.
Asyik berdakwah sana sini, Al-Quran kita tak baca.
Asyik bersajak berpuisi, Al-Quran kita tak baca
Asyik bercerpen bernovel, Al-Quran kita tak baca
Asyik berforum di internet, Al-Quran kita tak baca.
Asyik berchit-chat di IRC, Al-Quran kita tak baca.
Asyik bergebang di telefon, Al-Quran kita tak baca.
Asyik mendongak televisyen, Al-Quran kita tak baca.
Asyik mengadap komputer, Al-Quran kita tak baca.
Asyik baca buku ilmiah, Al-Quran kita tak baca.
Asyik baca majalah tabloid, Al-Quran kita tak baca.
Asyik bersembang politik, Al-Quran kita tak baca.
Asyik mengulit isteri, Al-Quran kita tak baca.
Asyik berkepit dengan suami, Al-Quran kita tak baca.
Asyik mengasuh anak, Al-Quran kita tak baca.
Asyik ber'e-mel' dengan kawan, Al-Quran kita tak baca.
Asyik membelek handphone, Al-Quran kita tak baca.
Asyik mengadap vcd ceramah, Al-Quran kita tak baca
1.Kenapa tak baca?
Tak sempatBusy
Tak faham
Tak reti
Malas
2.Kenapa tak baca?
dapat surat dari pejabat tanah dalam bahasa melayu,kamu boleh baca dapat surat lawyer dalam bahasa inggeris,kamu boleh baca dapat surat daripada Allah dalam bahasa Arab kamu tak boleh baca
apa nak jadi?Rugi rugi rugi
Itu sajalah bekalan
Untuk diri sendiri
Di belakang hari
Dan hari iniAl-Quran teman sejati
Di kala kaki tak mampu berdiri
Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi
Di kala lutut lenguh setiap sendi
Di kala badan tak mampu kesana kemari
Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi
Di kala tekak tak rasa apa lagi
Rumah kata pergi
Kubur kata mari sini
Juga buat teman di kala sendiri.......... Dalam kubur sunyi sepi
Menangislah sepuas hati
Mulai dari hari ini
Menyesali diri
Yang jahil dan dhaif sekali
Ambillah insiatif sendiri
Untuk baiki diri
Jangan hanya duduk sesali diri
Melihat Al-Quran menyusup pergi hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi istilah juga tidak berguna lagikerana ertinya tidak difahamiBacalah Al-Quran hari ini!
"Al-'amalu lillahi syi'aruna,al-mautu fisabilillahi asma amanina"
Friday, April 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment